Friday, July 1, 2011

Dia Kekasih Allah,Hijjaz

Malu rasanya mengatakan cinta,
Kepada dia kekasih Allah,
Kerana dia insan mulia,
Sedangkan diriku insan biasa.

Ku pujuk jua hati dan jiwa,
Meluahkan rasa cinta membara,
Di dalam pujian ucapan selawat,
Tanda pengahargaan seseorang umat.

Selagi upaya ku turuti ajarannya,
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat,
Di akhirat sana beroleh syafaat.

Kerana peribadinya aku terpesona,
Kerana budinya aku jatuh cinta,
Rinduku padanya tiada terkata,
Nantikanlah daku di taman syurga.

Sesungguhnya apa yang kudambakan,
Adalah cinta Allah yang Esa,
Kerana cinta kepada Rasulullah,
Bererti cinta kepada Allah...

No comments:

Post a Comment